BTemplates.com

Calendar Widget by CalendarLabs

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dadah, Kau Musuh Negara

Dadah, Kau Musuh Negara

Dadah, Kau Musuh Negara
..Telah banyak anak bangsa
terkorban, terkulai dan tergolek
...bagai nangka busuk.
Rangka hidup yang minta simpati,
saat kesakitan ketagihan mula menyerang setiap urat nadi,
...segala minda sedar hilang ditelan minda bawah sedar.

Dadah
..Telah banyak airmata yang tumpah
..Airmata seorang ibu yang pilu
Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari
Ditatang bagai minyak yang penuh,
dikelek ke ladang, ke pasar, ke bandar,
ke mana sahaja.

...Kekasih kehilangan kekasih
..Lantaran cinta kekasih lebih menebal
pada kau
dadah durjana.

Telah ramai
anak - anak kehilangan bapa
kehilangan ibu..

Anak-anak
nanar sendiri
mencari erti
bahagia...
sebuah keluarga harmoni
....hilang
...;punah
..hancur

hanya kerana kau
dadah....durjana.

Kenapa REMAJA Terlibat Dengan Dadah?

Kenapa REMAJA Terlibat Dengan Dadah?

 penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh Islam. - gambar hiasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat menunaikan ibadah puasa, kepada semua Muslimin Muslimat. Mari kita ikuti Artikel, Kenapa Remaja terlibat dengan najis dadah.

Faktor remaja terjebak dalam najis dadah 

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama. 


Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.


Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.

Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah. 



Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.


Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain.

Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).


Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.


Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan. 


Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).

Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.



(Sumber IPPBM 2008)


Tahniah, Pemenang Educational Blog 2011

Tahniah, Pemenang Educational Blog 2011



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Walaupun Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS SMKJP2 ada menyertai pertandingan Educational Blog 2011, saya bersyukur kepada Allah SWT, Kerana salah satu web blog yang saya bangunkan, mendapat perhatian juri.

Mungkin ini adalah salah satu hikmah saya berada di perjawatan pool, suatu jawatan yang memberi saya banyak masa di hadapan komputer. Sungguhpun begitu, saya rindukan saat-saat bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepnuh masa, termasuk sebagai Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah  dan SLAD.

Alhamdulilllah, antara kenangan indah sewaktu bertugas sebagai Guru PPDa ialah, pihak sekolah saya mewakili peringkat daerah seterusnya ke peringakat Negeri Johor, dalam Pertandingan Buku Skrap Anti Dadah  pada 2003. Sebagai guru penasihat, saya gembira dengan pencapaian bekas pelajar saya itu.

Alhamdulillahirabbila'lamin.Blog Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV/AIDS ini, akan terus saya bangunkan, selagi diizinkan Allah, dan selagi diperlukan. Terima kasih kepada pihak pentadbir SMKJP2, dan Puan Umi Kalsom selaku Guru Penasihat PPDa SMKJP2 yang memberi keizinan untuk saya menguruskan blog PPDASMKJP2 ini.

Untuk melihat senarai pemenang, sila klik http://ict.upsi.edu.my/index.php/keputusan-pemenang

Terima kasih kepada penganjur, yang mengadakan Pertandingan Educational Blog 2011. Sekian wassalam.

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram



 TUBUH SEORANG PEROKOK

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry kali ini, saya membawakan pembaca blog ini kepada seorang Tokoh Perubatan di tanahair kita ini. Beliau telah banyak menyumbangkan bakti dalam bidang Peruabatan HIV/AIDS.
 Prof Dr Adeeba Kamarulzaman


Perjalanan Kerjaya Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

PENAMPILAN dan keperibadian Prof Dr Adeeba Kamarulzaman cukup sederhana, namun siapa sangka wanita itu sebenarnya berjiwa besar dan bersemangat kental.

Minat mendalami kepakaran dunia perubatan khususnya bidang penyakit berjangkit seperti HIV/Aids selain sumbangan besarnya kepada negara serta masyarakat dalam menangani isu dan permasalahan penyakit berbahaya itu membuktikan beliau bukan calang-calang orang. 

Kini menerajui Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Prof Adeeba antara individu dikagumi dan disegani ramai khususnya dalam dunia perubatan HIV serta Aids. 

“Saya mula mendalami kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya HIV ketika bertugas di Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne, Australia pada 1996.

“Ketika itu, penularan virus HIV di dunia baru lapan tahun dan rata-rata pesakitnya ialah kalangan generasi muda, manakala rawatan pula masih lagi baru. Faktor inilah menjadi tarikan kuat untuk saya mendalami kepakaran dalam bidang ini,” katanya.

Akur berdepan dengan banyak cabaran sepanjang kariernya, beliau bagaimanapun tekad meneruskan perjuangan membantu pesakit yang hidup dengan HIV dan Aids kerana sedar akan tanggungjawab dipikulnya.

Pengalaman kerjaya di luar negara banyak mematangkannya, malah beliau sama sekali tidak pernah jemu menggali ilmu dan kepakaran dalam bidang berkaitan. 

“Secara umumnya, masyarakat masih belum terbuka dengan idea hidup bersama mereka yang hidup dengan HIV dan Aids kerana perasaan syak wasangka serta prejudis masih tebal dalam diri mereka.

“Halangan sebegini yang paling sukar sepanjang karier saya kerana majoriti masih enggan menerima mereka yang hidup dengan HIV dan Aids sebagai sebahagian daripada masyarakat,” katanya.

Tempoh 15 tahun di luar negara dirasakan sudah cukup sehingga akhirnya Prof Adeeba akur dengan permintaan ibunya agar kembali berkhidmat kepada negara.

“Awalnya, saya serba salah untuk kembali ke Malaysia kerana sudah selesa dengan persekitaran kerjaya di sana, apatah lagi saya bersuamikan warganegara Australia selain jaminan pendapatan yang cukup lumayan.

“Namun segala-galanya berubah selepas termakan pujukan ibu yang mahu saya kembali menyumbang bakti kepada tanah air selepas banyak wang kerajaan dilaburkan bagi membiayai pengajian saya di Australia,” katanya.

Beliau berkata, banyak perbezaan dirasainya sebaik kembali ke Malaysia khususnya dalam persekitaran kerjaya dan kemudahan perubatan yang disediakan kepada mereka yang hidup dengan HIV/Aids.

Katanya, pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap bahaya HIV belum meluas selain kekangan kos perubatan pada ketika itu amat tinggi.

“Saya ditugaskan di PPUM dan skop pekerjaannya lebih kepada pencegahan wabak penyakit berjangkit seperti HIV, denggi, tibi dan virus baru. Pengalaman paling getir ialah ketika kami perlu mengkaji dan mencari rawatan sesuai menangani virus Nipah yang melanda negara pada 1999. Situasi ketika itu amat genting dan menakutkan hingga suami menggesa saya beralih ke unit lain.

“Apapun, pengalaman menjalankan Projek Harapan membabitkan banduan yang hidup HIV di Penjara Kajang bersama rakan karib, Prof Dr Rick Altice dari Yale University cukup mengharukan.

“Detik itu cukup bermakna apabila satu hari saya didatangi seorang bekas banduan yang tidak putus-putus merakamkan ucapan terima kasih atau usaha saya melaksanakan projek sehingga berjaya membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi insan yang lebih baik. Perasaan saya ketika itu sukar digambarkan namun dalam hati terdetik rasa bangga menjadi seorang doktor,” katanya. 

Baca artikel ini selanjutnya, klik ya....

Pengalaman luas Dr Adeeba menangani isu HIV dan Aids, selain berdepan teman rapat yang disahkan hidup dengan virus itu, membuatkan beliau terus aktif dalam pelbagai aktiviti berkaitan HIV/Aids di seluruh dunia.

“Saya juga kerap ke luar negara menghadiri bengkel serta seminar berkaitan Aids selain aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Majlis Aids Malaysia dan Yayasan Aids Malaysia.

“Apa yang saya lakukan ini ialah untuk sama-sama membantu masyarakat mendalami pengetahuan penyakit itu, jangan wujudkan unsur diskriminasi terhadap mereka dan sebaiknya, bantulah mereka daripada segi sokongan dan keperluan lain,” katanya yang berjaya merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kajian Aids (Ceria) di UM pada 2007.
Graduan perlu terus timba ilmu

“KELAYAKAN dalam bidang perubatan bukanlah penamat segala-galanya, sebaliknya sebagai seorang doktor, pencarian ilmu dan kepakaran perlu diteruskan selagi mereka memikul amanah itu,” itulah pesanan Prof Adeeba kepada graduan dan mahasiswa perubatan.

Katanya, ilmu yang dipelajari di universiti perlu diperkukuhkan dengan inisiatif graduan itu sendiri menggali maklumat bagi mempersiapkan diri menjadi seorang doktor yang terbaik.

“Jangan rasa diri sudah cukup dengan ilmu perubatan apabila berjaya menggenggam ijazah. Anggapan itu salah kerana perkembangan bidang perubatan begitu pantas, ada saja wabak baru melanda dunia, begitu juga kemajuan teknologi yang diguna pakai.

“Selari dengan itu, seorang doktor juga perlu bergerak bersama-sama perkembangan dalam dunia perubatan selain bersedia untuk melakukan perubahan,” katanya.

Beliau yang bimbang melihat sikap segelintir mahasiswa perubatan masa kini yang disifatkannya lalai dan tidak serius mendalami bidang pengajian itu mengakui faktor itu dikhuatiri mampu merencatkan usaha melahirkan bakal doktor yang terbaik.

Katanya, mahasiswa perubatan perlu sedar realiti profesion itu yang menuntut pengorbanan tinggi dan jika faktor mereka mengambil jurusan perubatan sekadar memenuhi impian atau desakan keluarga, ia satu alasan yang salah. 



PROFIL

Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

Pendidikan: 
Felo Royal Australiasian College Of Physicians MBBS Monash University, Australia
Pencapaian: 
Pakar Perunding dan Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Ahli Australasian Society for HIV Medicine
Felo Academy of Science, Fellow, 2010
Penasihat Yayasan Aids Malaysia
Editor Tamu, The Lancet Special Series : HIV and Injecting Drug Use 2009-2010
Ahli Australasian Society for Infectious Diseases, 2008
Ahli Majlis International Society for Infectious Diseases, 2008
50 Emerging Women Leader in Asia Pacific 2011 Advance Australia, Australian Government, 2011
Australian-Asian Fellowship Award, Australian Government, 2002
Fellow in Infectious Diseases, Senior Medical Staff, Fairfield Hospital, 1995
Merdeka Award, Exxon Mobil, Petronas and Shell, 2008
Tun Mahathir Science Award, Malaysian Academy of Science, 2008
Prof Adjung School of Public Health and Tropical Medicine, Tulane University, New Orleans, Amerika Syarikat , 2008 - 2011
Prof Adjung, Department of Tropical Medicine, Tulane University 1 Januari 2008
Visiting Consultant Physician, Institut Jantung Negara, 1 Januari - 31 Disember 2000
Clinical Research Fellow, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1995 - 31 Januari 1996
Infectious Diseases Registrar, Austin Hospital, Melbourne, Australia, 1 Februari 1994 - 31 Januari 1995
Senior Infectious Diseases Registrar, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1992 - 31 Januari 1994


Sumber: Berita harian.

Tanda-tanda Penagihan Dadah

Tanda-tanda Penagihan Dadah

 Belia Malaysia Benci Dadah

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!


Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa. 
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih. 

 
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Penyalahgunaan dadah berpunca dari banyak faktor tetapi terdapat banyak cara untuk mengatasinya. Kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini agar tidak membawa akibat yang lebih buruk. Sekiranya terdapat komitmen yang tinggi dan berterusan untuk mengatasi masalah ini, masalah penagihan najis dadah pasti dapat dibendung dengan jayanya.

 Berdoa Kepada Allah Memohon Kekuatan DaripadaNya Untuk Menghindari dadah

 Keluarga Bahagia Tanpa Dadah

Bersama kita berganding bahu membanteras dadah.
Sayangi diri sendiri, sayangi keluarga,  keluarga bahagia, masyarkat sejahtera, negara harmoni.

Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?

Macam Mana Nak Buang Tabiat Merokok, Cikgu?
http://ppdasmkjp2.blogspot.com/ 

Tabiat Merokok Boleh Menyebabkan Mati Otak

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelayar web blog ini khususnya para pelajar sekolah, bersama-samalah kita menghindari perbuatan yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan.

Sebagai contoh, perbuatan merokok. Merokok ternyata membawa lebih banyak kebinasaan daripada kebaikan. Terdapat insan yang ingin berubah ke arah kebaikan. Sebagai rakan, sama-samalah kita menyokong niat dan usaha murni rakan dan sahabat baik kita itu. Bukanlah membantu orang lain yang ingin berubah kepada kebaikan, sangat disukai oleh Tuhan?

"Saya merokok sebab nampak macho lah," 


Oh alasan seperti di atas tidak bertepatan langsung untuk pelajar merokok. Merokok tidak menyebabkan anda menjadi macho. 

Baiklah di bawah ini, sedikit perkongsian cikgu, Tip Membuang Tabiat Merokok. Percayalah, anda boleh melakukannya. Jom bertindak sekarang, jom berubah ke arah kebaikan skearang.

GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK :)

  • tetapkan tarikh untuk  berhenti merokok
  • yakinkan diri
  • buat nota peringatan
  • katakan pada diri"aku bukan perokok"
  • tumpukan pada hari itu
  • sentiasa berfikiran positif
  • dapatkan sokongan
  • lawan keinginan untuk merokok
  • gunakan terapi gantian nikotin(contoh macam niquitin)
  • amalkan petua 12M untuk berhenti merokok

Amalkan Petua 12M Untuk Berhenti Merokok
  1. Melengah- lengah untuk merokok
  2. Minum banyak air 
  3. Lakukan senaman pernafasan/tarik nafas panjang 
  4. Membuat sesuatu/menyibukkan diri 
  5. Menjauhkan diri dari orang/kawan yang merokok 
  6. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah 
  7. Mandi dengan kerap 
  8. Melakukan senaman rengangan 
  9. Meditasi 
  10. Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk merokok 
  11. Dekatkan diri dengan Tuhan Selalu.  Bagi pelajar Muslim, dirikanlah solat 5 waktu dengan khusuk dan ikhlas. 
  12. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu. Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan. 

Kenapa Remaja Merokok

Kenapa remaja merokok?
http://ppdasmkjp2.blogspot.com/ 



1) Diri sendiri. 

Rokok dikatakan identiti bagi seorang pelajar yang ingin dikenali sebagi seorang yang macho dan bergaya. Apakah ia benar? Sebenarnya remaja merupakan masa krisis identiti berlaku. Pada ketika ini mereka tercari-cari gaya yang sesuai dengan diri. bagi pelajar lelaki, rokok seperti satu kemestian. 

Manakala wanita juga sudah mengikut trend ini. Lebih-lebih lagi ramai golongan wanita bekerja yang mula terlibat dengan aktiviti merokok. Ibarat prestij diri, remaja wanita gemar melihat gaya mereka. Mereka juga percaya rokok boleh mengurangkan berat badan seperti seorang model.

Remaja juga percaya rokok dapat menghilangkan tekanan. Sebenarnya tidak, ia sebenarnya menambah gian pelajar untuk mencubanya lagi. 

Golongan ini juga tidak perlu risau kerana poket sentiasa berisi duit. Hasilnya, mereka mudah mendapatkan rokok kerana ia dijual di mana-mana sahaja tanpa mengira amaran KKM yang melarang rokok dijual kepada golongan bawah umur.

2) Pengaruh rakan-rakan sebaya.

Faktor ini dikatakan yang paling banyak mempengaruhi remaja. Tanpa mengabaikan kesan rokok apabila meningkat dewasa, mereka seronok merokok bersama rakan-rakan. Ada juga yang didesak atau dicabar. Jika tidak melakukannya, mereka berasa malu kerana dikutuk.

3) Faktor keluarga.

Keluarga yang mempunyai masalah seperti kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya tabiat ini boleh melegakan mereka.

Ada yang lebih berani, cuba mengambil dadah. Seperti dadah, mereka juga akan ketagih rokok. Bagi yang tidak berduit, remaja mula terlibat dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram, mencuri atau meragut.

4) Persekitaran

Iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi situasi ini. Seharusnya, semua premis perniagaan mematuhi undang-undang agar tidak menjual rokok kepada mereka yang di bawah umur.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

 Jom Berhenti Rokok.
Lihatlah gambar-gambar di atas,
kesan penyakit yang diperolehi melalui merokok.
Alangkah kasihannya anak kecil turut menjadi mangsa asap perokok.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menurut Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar di akhbar Berita Harian, Oktober 2010 beliau berkata, Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2006, 21.5 peratus warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah perokok. Hari ini ada 4 juta perokok di Malaysia dan mereka membelanjakan RM8.6 juta dengan membeli rokok setiap hari. 

Berdasarkan laporan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui websitenya,  http://www.infosihat.gov.my/, didapati bahawa:
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

MEROKOK PUNCA PENYAKIT BERBAHAYA

MEROKOK PUNCA PENYAKIT BERBAHAYA



Apa Penyakit  Yang Ada Pada tubuh perokok? 

Merokok adalah tabiat buruk dan akan menyebabkan ketagihan. Asap rokok dikaitkan dengan 40 penyakit serius dan kritikal antaranya;

 Lihatlah gambar pesakit di atas,
yang menderita disebabkan gaya hidup sebagai perokok tegar.

penyakit jantung
tekanan darah tinggi
jangkitan saluran pernafasan
angin ahmar(strok)
penyakit gigi dan gusi
penyakit mata
ulser perut
osteoperosis
arteriosclerosis(penyempitan saluran darah)
 
-Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

-Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

-Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

-Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

-Ulser peptik dan gastritis.

-Penyakit kulit seperti ekszema.

-Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

-Penyakit tulang.

-Rambut cepat beruban.

-Kulit cepat berkedut.

-Luka lambat sembuh.

-Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

-Kesuburan berkurangan.

-Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

-Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

-Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.
 
 TAK NAK ROKOK, BERHENTI ROKOK DEMI INSAN-INSAN TERSAYANG!

IMAM MUDA DAN JENAZAH PEMBAWA HIV

IMAM MUDA DAN JENAZAH PEMBAWA HIV



Pada episod minggu lepas, kesemua Imam Muda (IM) memulakan Medan Imam Muda dengan tazkirah tentang kematian diiringi bacaan Yaasin sebagai permulaan yang menyentuh perasaan.

Tugasan minggu lepas, kesemua IM diberi tugasan menguruskan jenazah yang tidak dituntut dan berisiko tinggi (HIV). Jenazah ini terdiri dari jenazah pembawa HIV yang tidak dituntut oleh waris dan sudah melebihi jangkamasa 3 bulan di Hospital.

Sebelum memulakan tugasan, kesemua IM di bawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk diberi keterangan dan maklumat tentang etika dan cara menguruskan jenazah daripada urusan pemandian, kafan, sembahyang dan pengkebumian.

Mereka diiringi dan dipantau oleh Ustaz Abdul Malik dari JAWI dan Tn Hj Abu Bakar Lajis dari Jabatan Forensik HKL dan dipimpin oleh 4 mursyid Imam Muda Musim ke-2.

Seringkali diingatkan kepada semua IM  bahawa mereka perlu sentiasa  menghormati jenazah dengan melakukan setiap prosedur tanpa banyak soal dan bercakap.

Kesemua IM juga dibawa ke tanah perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk melihat tempat di mana jenazah hendak dikebumikan seperti episod dalam Imam Muda musim pertama. Dalam keadaan tersebut, kesemua IM nampak begitu fokus dengan memberi sepenuh perhatian kepada tugasan kerana ia adalah satu tugas yang berat.
 

Pihak JAWI memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi pemakaian khas bagi melaksanakan tugas fardhu kifayah ini iaitu apron, penutup kepala, mask (penutup hidung), dan sarung tangan.

Setelah selesai, diingatkan kepada semua IM  bahawa HIV atau AIDS sebenarnya tak akan berjangkit setelah seseorang itu mati dan jangan sesekali memandang serong terhadap jenazah yang sedemikian rupa serta perlu senantiasa menghormati jenazah semasa melakukan prosedur-prosedur wajib.


Setelah selesai, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Karak, Kuala Lumpur untuk disemadikan. Kesemua IM berkesempatan menguruskan pengebumian jenazah dan dalam semua prosedur.

Awas najis dadah!

Awas najis dadah!

Dalam tempoh April tahun lalu hingga awal Mei lalu, ada tiga kes pelajar IPT terjebak dalam aktiviti berkenaan tidak termasuk kes pelajar yang berjaya dibebaskan polis dan mangsa masih dalam kawalan dalang sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu.

PELAJAR institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini menjadi sasaran sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk dijadikan `keldai dadah’. Adakah sikap terlalu mudah percaya kepada teman lelaki, kemewahan ataupun peluang melancong ke destinasi idaman di luar negara menjadi punca?

CINTA, wang dan melancong ke destinasi idaman di luar negara antara `jerangkap samar’ digunakan sindiket dadah antarabangsa untuk memerangkap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi dijadikan `keldai dadah’.



FAKTA

1. 10 Mei 2011 - Kegiatan jahat seorang wanita tempatan yang bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria mengurung dua pelajar kolej di sebuah apartmen untuk dijadikan keldai dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan di Puchong, Selangor.

Ketiga-tiga suspek berusia di antara 25 dan 28 tahun itu ditahan jam 2 pagi selepas polis menjalankan risikan sebaik menerima maklumat mengenai dua pelajar wanita yang dipaksa menyeludup dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Nordin Kadir, berkata kedua-dua mangsa berusia 21 tahun itu diarahkan menyeludup enam kapsul heroin dan dua paket plastik heroin gred tinggi selain ganja bernilai RM28,700 ke China.

2. 11 Mei 2011 – Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dan merampas 18 kilogram ganja dalam operasi di kawasan Lye Huat Garden, Jitra, Kedah. Difahamkan, pelajar terbabit dijadikan 'keldai dadah' oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan membawa masuk dadah berkenaan melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

3. 20 April 2011, pihak berkuasa China menahan pelajar kejururawatan kolej swasta di Damansara, Kuala Lumpur, Marylyne Sandra Sapat, 22, kerana dikesan menyeludup 700 gram heroin yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Francisco Munis, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Marylyne antara 26 mangsa keldai dadah dari Malaysia yang ditahan di China.

4. 24 April 2010 - Seorang pelajar Diploma Perniagaan di sebuah institusi pengajian tinggi di Sarawak, Christina Anak Luke Niju, 22, dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah selepas mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial, Facebook.

Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang.

5. 15 Mei 2007 - Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou, China atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram pada 19 Januari 2007. Bagaimanapun, hukuman itu kemudian ditukar kepada penjara seumur hidup.

Siswi digesa jangan mudah terpedaya

GOLONGAN wanita terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sering dijadikan `keldai dadah’ oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa terutama untuk menyeludup dadah ke luar negara.

Fakta itu mencetus idea kepada pihak pengurusan Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor untuk tampil mengadakan forum perdana bertajuk 'Menyingkap Sisi Gelap : Mangsa Keldai Dadah' di dataran kolej terbabit, baru-baru ini.



Forum itu diadakan bagi memberi pemahaman kepada pelajar UiTM terutama golongan siswi yang kerap menjadi sasaran sindiket dadah antarabangsa, supaya sentiasa berwaspada terutama apabila berurusan dengan kenalan baru, khasnya warga asing.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sejak beliau memegang jawatan ketua polis negara pada 2006 hingga bersara pada akhir 2010, banyak kes membabitkan pelajar dari negara ini yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa.

"Seperti yang kita baca melalui akhbar, kebanyakan mangsa sindiket dadah ini adalah wanita kerana golongan terbabit dipercayai mudah dipujuk dan diperdaya. Sindiket ini licik mengelirukan wanita dengan menjanjikan habuan lumayan.

"Selain itu, sindiket berkenaan turut memperalatkan golongan wanita menerusi tawaran pakej pelancongan mewah dengan hanya membawa sebuah beg saja. Dengan taktik sebegitu, mereka sudah dapat memujuk sasaran supaya membawa dadah terbabit ke destinasi tertentu," katanya ketika berucap pada forum berkenaan.

Musa berkata, sindiket dadah antarabangsa sememangnya sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan mangsa dari negara ini berikutan pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh negara kita diiktiraf di kebanyakan negara di dunia, kerana memiliki ciri keselamatan yang sukar dipalsukan.

"Pasport negara kita memang diiktiraf sehinggakan jika kita ke negara asing, jabatan imigresen di negara luar tidak akan terlalu memeriksa bagasi kita dengan pemeriksaan yang ketat. Sebab itulah pihak sindiket dadah antarabangsa sangat gemar menggunakan warga kita berbanding negara lain,” katanya.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata mangsa yang kesemuanya wanita mudah terpedaya dengan janji manis teman lelaki, ganjaran lumayan dan teruja melancong ke luar negara.

Beliau berkata, pihak polis sedang mengumpul data pelajar yang dijadikan keldai dadah termasuk daripada Wisma Putra dan Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Katanya, jumlah pelajar yang menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah semakin berkurangan berbanding beberapa tahun lalu dan ia kembali menjadi isu selepas laporan kehilangan seorang pelajar, Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah pada April tahun lalu.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada lagi pelajar terjebak dalam perangkap sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan pihak polis sedang memantau kegiatan itu.
“Biarpun ia hanya kes terpencil, ia harus dibanteras secara besar-besaran. Kes ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar kita bijak bertindak dan tidak mudah terpedaya dengan teman lelaki mereka yang berasal dari negara luar.

“Jangan hancurkan masa depan dan musnahkan harapan ibu bapa hanya kerana cinta, wang dan mahu melancong ke luar negara sehingga terlupa anda dijadikan keldai dadah,” katanya ketika dihubungi Varsiti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ada antara pelajar yang dijadikan keldai dadah dipaksa menelan bahan larangan itu bagi menghapuskan bukti, namun tindakan itu gagal kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk mengesannya dalam tubuh mangsa.

Tindakan itu juga amat berbahaya kerana bungkusan dadah berkenaan boleh pecah atau bocor di dalam perut yang menjejaskan kesihatan termasuk menyebabkan kematian.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata meskipun pihak kementerian sentiasa menasihati pelajar supaya membudayakan pemikiran kritikal dan bijak dalam membuat keputusan, masih ada yang terpedaya oleh sindiket pengedaran dadah.

Katanya, pelajar seharusnya mendapatkan pengesahan pihak berkuasa mengenai kandungan bungkusan yang dibawa bagi mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa di luar negara sehingga terpaksa merengkok dalam penjara atau dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana terbabit pengedaran dadah.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua pelajar universiti menumpukan kepada pengajian dan menjauhi sebarang kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

“Jangan terlalu mengejar kemewahan, melancong dan terpedaya dengan teman lelaki terutama dari luar negara yang baru dikenali kerana kelak ia akan menghancurkan masa depan dan mengecewakan ibu bapa.

“Kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar IPT majoritinya membabitkan penahanan di luar negara dan biarpun ia kes terpencil, KPT tetap memandang serius isu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihak universiti hendaklah memastikan semua pelajar menjauhi sindiket pengedaran dadah.

“Pelajar seharusnya memberi tumpuan kepada pengajian bukannya perniagaan, percintaan dan pelancongan yang akhirnya memerangkap diri sendiri kerana terpedaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa,” katanya.

Sumber Berita Harian Online


 

Matlamat Penubuhan Blog

Blog ini ditubuhkan untuk menjadikan web blog sebagai medium Pendidikan Pencegahan Anti Dadah. Blog ini dibangunkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arau, Perlis.